Binaan dan kegunaan Tuk-tuk

Tuk-tuk biasanya dibuat daripada keluli ditekan di mana rangkanya juga berperanan sebagai badan utama serta beroda tiga. Tempat duduk hadapan hanya memuatkan kerusi pemandu sahaja manakala tempat duduk belakang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga penumpang. Lazimnya, tuk-tuk dibina berasaskan model-model Piaggio Ape atau Daihatsu Midget. Kini, Bajaj Auto dari India adalah syarikat pengeluar tuk-tuk terbesar di dunia.

Fail:PICT2817.JPGPengusaha tuk-tuk di Kemboja.

Tuk-tuk digerakkan dengan enjin kecil berkuasa rendah, dahulunya enjin dua lejang tetapi kini kebanyakannya menggunakan enjin empat lejang. Disebabkan saiz dan kuasa enjin yang rendah, nisbah penurunan keseluruhan yang digunakan adalah besar bagi membolehkan enjin yang kecil untuk mengangkut ramai penumpang; oleh itu, kelajuan maksimum bagi tuk-tuk adalah rendah iaitu sekitar 50 km/j.

Enjin tuk-tuk juga boleh diubahsuai untuk membolehkannya menggunakan gas asli sebagai mana yang diwajibkan di India.

Selain kenderaan beroda tiga yang dibina khusus, tuk-tuk juga boleh dihasilkan dengan memasang badan beca pada bahagian belakang motosikal.